请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将商品添加到您的收藏列表。
关闭
您已经添加该商品到您的收藏列表。 查看我的收藏
关闭
从您收藏列表中删除此商品。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的收藏夹列表。
关闭
这家公司已成功添加。 查看我的收藏
关闭
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的询问车。
关闭
这家公司已被添加到您的询问车。
关闭
这家公司已从询价车中删除。
关闭
该商品已被添加到您的询问车。
关闭
该商品已经从您的询价车中删除。
关闭
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
关闭
ZABSI Industrial Ventilation Sdn. Bhd.
ZABSI Industrial Ventilation Sdn. Bhd. 201501037613 (1162934-H)
营业
时间
星期一 - 星期四 8:30 AM - 5:30 PM
星期五 - 星期六 休息
星期日 8:30 AM - 5:30 PM
我们在 公共假期休息
营业 休息

Siapa yang Memerlukan Khidmat Hygiene Technician 2?

23-Jul-2024

Juruteknik Higien 2 (HT2) adalah individu yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan di tempat kerja sebagaimana yang diperlukan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

Majikan harus melantik atau menggaji individu yang kompeten, dikenali sebagai HT2, untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan sesuai dengan standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

Peranan Juruteknik Higien 2 termasuklah:

  • Melaksanakan pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan di tempat kerja;
  • Menyediakan dan menyerahkan laporan lengkap mengenai pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas pemeriksaan dan pengujian selesai;
  • Membentangkan hasil pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan serta mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas pemeriksaan dan pengujian selesai;
  • Menghantar laporan ringkas kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 30 hari selepas pemeriksaan dan pengujian selesai; dan
  • Menjalankan tugas dan tanggungjawab lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.
(Sumber: Website JKKP Malaysia)

Siapa yang Memerlukan Khidmat Hygiene Technician 2?

Industri yang Berisiko Tinggi

  1. Industri Pembuatan: Pekerja dalam industri pembuatan sering terdedah kepada bahan kimia berbahaya, habuk, dan asap yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka. 

  2. Industri Kimia: Dalam industri ini, pengendalian bahan kimia yang betul adalah kritikal. Hygiene Tech 2 memberikan pengetahuan tentang pengurusan risiko dan kawalan pendedahan bahan kimia.

  3. Industri Minyak dan Gas: Pekerja di sektor ini berhadapan dengan pelbagai bahan berbahaya dan keadaan kerja yang mencabar. Latihan ini membantu dalam pengendalian bahan berbahaya dan memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat.

  4. Industri Automotif: Bengkel dan kilang automotif sering terdedah kepada pelarut, minyak, dan bahan kimia lain. Kursus ini membantu dalam pengurusan risiko dan kawalan kebersihan di tempat kerja.

Institusi Pendidikan dan Penyelidikan

  1. Universiti dan Makmal Penyelidikan: Ahli akademik dan penyelidik yang bekerja dengan bahan kimia, biologi, atau fizikal yang berbahaya memerlukan khidmat HT2 untuk menasihati cara pengurusan risiko dan memastikan persekitaran kerja yang selamat.

Institusi Perubatan

  1. Hospital dan Klinik: Pekerja kesihatan terdedah kepada pelbagai patogen dan bahan kimia. Hygiene Tech 2 membantu dalam menguruskan risiko dan memastikan kebersihan yang tinggi di institusi kesihatan.

Kilang dan Sektor Perkilangan

  1. Kilang dengan Sistem Pengudaraan Ekzos Tempatan (LEV): Pekerja yang bekerja di kilang yang mempunyai sistem LEV perlu memastikan bahawa sistem tersebut berfungsi dengan baik untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan berbahaya. Latihan ini membantu dalam memahami kepentingan dan pengurusan sistem LEV.

Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  1. Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Mereka yang bertanggungjawab memastikan keselamatan di tempat kerja perlu mendapatkan khidmat IH2m untuk memahami dan menguruskan risiko kesihatan dan kebersihan dengan lebih efektif.

Kesimpulan

Khidmat Hygiene Tech 2 adalah penting bagi pekerja dalam pelbagai industri yang terdedah kepada bahan-bahan berbahaya dan risiko kesihatan. Di ZABSI, kami memiliki 7 orang Hygiene Tech 2 yang berpengalaman untuk membantu meningkatkan keselamatan di tempat kerja anda, mematuhi undang-undang, dan memastikan persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif.


#KeselamatanPekerja #PemeriksaanLEV #KesihatanKerja #Produktiviti #KeselamatanTempatKerja #localexhaustventilation #levinspection
 
总办事处

ZABSI Industrial Ventilation Sdn. Bhd. 201501037613 (1162934-H)
PT 15975 & PT 15976, Tingkat Atas, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia.

电话:

邮件:
网址: https://www.zabsi.com
网址: https://zabsi.newpages.com.my/
网址: https://zabsi.onesync.my/

1
Hello! Thanks for visiting my site. Please press Start button to Contact with Admin :)

Start

游览 : 首页 - 分类 - 公司 - 地区 - 标签 - 商品 - 消息与促销 - 工作征聘 - 手机版 - 谷歌 - 搜索引擎优化结果

NEWPAGES

  • US 17319
  • GB 13421
  • CA 10856
  • AU 6441
  • IE 3930
  • BR 1770
  • NZ 1497
  • IN 1228
人 在线
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us