Beliau berkata tiada angka yang menyokong dakwaan sedemikian, sambil menambah, malahan hakikatnya, secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka mengurus kos pinjaman lebih tinggi.
“Saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak benar kenaikan OPR menyebabkan peningkatan kebankrapan.
“Namun kami akui bahawa terdapat beberapa segmen dan sektor yang memerlukan bantuan berikutan keadaan mereka, dan bantuan masih tersedia untuk mereka yang memerlukan.
"Dengan semua keadaan ini, adalah amat perlu, wajar dan tepat pada masanya dasar monetari diselaraskan semula bagi memastikan kita terus berada di landasan pertumbuhan yang mampan," katanya selepas mengumumkan Prestasi Ekonomi suku pertama (S1) 2023 di Sasana Kijang di Kuala Lumpur, hari ini.
Lihat Lebih Banyak