Please login to use this feature. You can use this feature to add the product to your favourite list.
Close
You have added this product to your favorite list. Check My Favourite
Close
You have removed this product from your favourite list.
Close
Please login to use this feature. You can use this feature to add the company to your favourites list.
Close
This company has been added successfully. Check My Favourite
Close
This company has been removed from your favourite list.
Close
Please login to use this feature. You can use this feature to add the company to your inquiry cart.
Close
This company has been added to your inquiry cart.
Close
This company has been removed from your inquiry cart.
Close
This product has been added to your inquiry cart.
Close
This product has been removed from your inquiry cart.
Close
Maximum number of Product/Company has been reached in inquiry cart.
Close
EXP FISHING (M) SDN BHD
EXP FISHING (M) SDN BHD 201801033501 (1295528-P)
Onesync Platinum SSM

TAK LUCUT LAGI MAIN HARUAN GUNA UL! Ikut 2 Tips Penting ni untuk Mudah Solid Hookup Haruan dengan UL! - EXP FISHING (M) SDN BHD

TAK LUCUT LAGI MAIN HARUAN GUNA UL! Ikut 2 Tips Penting ni untuk Mudah Solid Hookup Haruan dengan UL!

14-Sep-2024

Rupanya masih ramai pemancing ragu-ragu untuk menggunakan setup ultralight dengan gewang soft frog untuk casting haruan. Selalu lucut katanya!

Antara faktor kenapa haruan senang lucut apabila menggunakan setup ultralight ialah disebabkan caster susah untuk melakukan sentapan (set hook) dan juga masalah soft frog bersaiz kecil yang susah lekat apabila strike haruan yang bersaiz agak besar. Jadi harini kami nak kongsikan tips pemilihan rod & gewang untuk game casting haruan menggunakan setup ultralight agar risiko lucut dapat dikurangkan.

Rod

Caster yang menggunakan rod ultralight yang lembut ini sudah semestinya mahu merasakan feel yang lebih ketika melayan ikan. Disamping itu, jika strike ikan yang besaiz kecil pun masih juga dapat merasakan tarikan yang agak feel. Tetapi antara masalah utama rod yang lembut ini adalah susah untuk buat sentapan untuk menembuskan hook pada mulut haruan yang keras. Kalau tak solid hookup, mudah sahaja haruan tu melepaskan diri. Jadi kami mencadangkan korang menggunakan rod ultralight yang sedikit keras di bahagian backbone, tetapi masih lembut di bahagian tip.

Rod spec begini lebih mudah untuk melakukan sentapan kerana bending rod biasanya tidak akan sampai ke bahagian bawah. Selain itu, kami juga mencadangkan korang boleh menggunakan rod UL yang ada lingkungan fast action berbanding lingkungan slow action. Jadi rod begini actionnya tidak terlalu lembut tapi masih liat untuk tanam hook di mulut haruan. Contohnya, model rod ultralight EXP Vapor memang mempunyai ciri-ciri yang telah disebut tadi untuk lebih enjoy game casting haruan.

\"\"
Penangan rod Vapor UL, curut tarik pun dah rasa syok. Lagi-lagi kalau reel ada drag clicker...fuh syahdu

Soft frog

Terdapat juga faktor soft frog bersaiz mini untuk game ultralight tetapi strike pula haruan yang saiz agak besar boleh menyebabkan masalah lucut berlaku. Ini disebabkan bukaan hook soft frog bersaiz mini tersebut lagi susah untuk terbuka dengan luas apabila dimakan ikan. Jadi pemilihan soft frog untuk game casting haruan menggunakan setup ultralight juga mainkan peranan penting. Kami mencadangkan korang menggunakan soft frog bersaiz mini yang hook lebih mudah terbuka luas.

Antara ciri soft frog yang hook mudah terbuka luas ialah body soft frog mesti dibuat dengan material getah (latex) berbanding silikon. Ini kerana material latex lebih lembut berbanding silikon, jadi lebih mudah untuk mengempis apabila dimakan ikan. Hook pun jadi mudah terbuka luas. Selain itu, korang juga boleh memilih soft frog yang timah pemberat di dalam body soft frog itu terletak di bahagian bawah batang hook. Ruang atas akan menjadi lebih luas dan apabila haruan makan soft frog tersebut, ada peluang hook untuk terbuka lebih luas. Sebagai contoh, soft frog EXP Jebat Mini mempunyai ciri-ciri tersebut dan juga terbukti mampu lekat di mulut haruan yang bersaiz agak besar.

\"\"
Salah satu hasil guna Jebat mini, kecil-kecil cili padi. Meledak oii!

Kesimpulan
Terdapat juga tips penting lain untuk kurangkan risiko haruan lucut ketika menggunakan setup ultralight seperti pemilihan leader & teknik sentapan yang betul kita boleh kupas di lain hari. Apapun harus diingatkan kunci untuk game ultralight ialah menggunakan setup yang seimbang & teknik melayan ikan dengan betul agar dapat lebih feel. Semoga tidak kumpaw!
Main Office

EXP FISHING (M) SDN BHD 201801033501 (1295528-P)
1728, Kampung Tongkang Permatang Tinggi, 14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia.

Tel:

Email:
Website: https://www.expfishing.com
Website: https://expfishing.newpages.com.my/
Website: https://expfishing.onesync.my/

1
Hello! Thanks for visiting my site. Please press Start button to Contact with Admin :)

Start

Browse by : Home - Classifieds - Companies - Location - Tags - Products - News & Promotion - Job Vacancy - Mobile Website - Google - SEO Results

NEWPAGES

  • US 17826
  • GB 12539
  • CA 10448
  • AU 8262
  • IE 2247
  • SG 1185
  • IN 1151
  • NZ 973
People Online
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us