EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, tindakan itu selaras dengan Peruntukkan 20 Undang-Undang Kecil Perlesenan Esteblisymen Makanan 2007.
“PBT juga boleh menjalankan tindakan penguatkuasaan kompaun di bawah peruntukan Seksyen 47, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu meletakkan debu atas jalan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyataan mulut Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkaitan dasar Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah pembuangan sisa peniaga-peniaga ke longkang.
Katanya, PBT juga menjalankan pemantauan secara berkala terhadap pengusaha-pengusaha restoran khususnya melalui pemeriksaan dan penggredan premis makanan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).