AIDA CURTAIN COLLECTION - As curtains specialists, we are committed to providing a customized curtains & blinds solution at a reasonable price to you. We hope to become your preferred curtain expert that could satisfy your needs.
"Sentiasa mencari kaedah untuk mempertingkatkan prestasi, meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan membentuk pasukan kerja yang mantap."
-AIDA CURTAIN COLLECTION
Ringkasan Eksekutif
AIDA Curtain Collection telah didaftarkan pada 2 Mei 2014 dengan No. Pendaftaran Syarikat 201403113907 (CA0209249-P). Syarikat ini diterajui oleh Puan Aida Haswana Binti Abu Hassan yang berkomited untuk meneroka pelaung bagi memartabatkan lagi syarikat ini. Syarikat juga mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan saujana potensi syarikat ini.
Kami menjalankan perniagaan di dalam bidang hiasan dalaman, khususnya dalam bidang langsir, blind dan wallpaper dan kami merupkan pakadar dalam bidang jahitan langsir. Perniagaan kami hanya bermula dengan beroperasi dari rumah selama 5 tahun sebelum berpindah ke kedai 2 tingkat. Bermula hanya dari bisnes kecil-kecilan, kini kami sudah mempunyai 10 orang pekerja. Kami giat mempromosikan perniagaan di media sosial, Instagram, Facebook, Tiktok dan Youtube dan tidak kurang juga pemasaran secara offline.
“Kami berazam menjadi antara pelopor bidang jahitan langsir yang dipercayai dan berdaya maju sejajar dengan pemodenan teknologi. Syarikat kami meletakkan harga yang berpatutan bagi setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan agar dapat memberi peluang kepada pelanggan bagi mendapatkan produk di syarikat kami secara berterusan. Kami yakin mampu berdaya saing dan terus melangkah untuk lebih gemilang dalam dunia perniagaan ini.”
Objektif Syarikat
Cabaran di dalam perniagaan ini agak getir namun AIDA CURTAIN COLLECTION akan kekal fokus untuk terus berada di dalam persaingan di pasaran. Apa yang menjadi objektif syarikat adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan tidak sama sekali hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.
AIDA CURTAIN COLLECTION disokong kuat oleh tenaga-tenage mahir yang mempunyai pengalaman dalam melakukan kerja-kerja berkaitan. AIDA CURTAIN COLLECTION juga beriltizam tidak akan hanya menjadi sebuah syarikat yang sekadar menjalani "survival" sebuah organisasi yang tipikal namun kelak akan menjadi "trend setter" di dalam bidangnya. Untuk menuju ke arah demikian, AIDA CURTAIN COLLECTION sentiasa akan berada di dalam mod produktif dan dinamik. Budaya kerja di dalam syarikat ini adalah tidak hanya berpuas hati pada "zon selesa". Kami di AIDA CURTAIN COLLECTION akan sentiasa mencabar potensi syarikat untuk terus merintis kejayaan demi kejayaan.
Visi Syarikat
-AIDA CURTAIN COLLECTION berazam untuk memberi perhidmatan dan produck mengikut standard piawaian yang ditetapkan dan menghasilkan produck dengan kualiti terbaik di samping turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Misi Syarikat
-Menghasilkan produk dengan servis berkualiti
-Memastikan kepuasan kepada pengguna.
-Melaksanakan kerja secare professional dan beretika.
-Memastikan kerja-kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
-Memastikan kerja-kerja disiapkan dengan kos yang lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti kerja.
-Menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada.
Pejabat Utama
AIDA CURTAIN COLLECTION 201403113907 (CA0209249-P)
3A, Blok 1, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.