Prihatin dengan keluh kesah rakyat yang tidak dapat menyediakan deposit bagi memiliki rumah pertama, Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus itu yang akan membolehkan semua kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman.
“Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubah suai,” kata beliau semasa mengumumkan inisiatif ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ di Kuala Lumpur hari ini.
See More